Mengenai PBT2

SEKAPUR SIREH

Persatuan Belia Tempasuk 2 telah ditubuhkan pada 16 September 2012. Penubuhan ini bertujuan untuk menjadikan Persatuan Belia Tempasuk 2 sebagai sebuah platform untuk menyatukan dan memacu golongan belia di Kampung Tempasuk 2 ke arah kecemerlangan dalam pelbagai aspek.

Persatuan ini juga menjadi medium para belia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak sama ada pihak kampung, badan-badan kerajaan mahupun NGO untuk merancang atau menjalankan sebarang bentuk program untuk memajukan kampung dan para belia khususnya.


LOGO









 

Logo pertubuhan ini berbentuk bulat menyerupai perisai yang mempunyai tiga lapisan warna sebagai latar. Warna biru, merah dan putih. Ikon belia yang berada di tengah dan terdapat perkataan Persatuan Belia melingkar dibahagian atas. Manakala perkataan Tempasuk 2 melingkar dibahagian bawah:

Keterangan:
  1. Ikon perisai membawa maksud semangat dan daya tahan lasak dalam diri setiap ahli pertubuhan ini;
  2. Warna biru membawa maksud perpaduan di kalangan ahli-ahli pertubuhan ini;
  3. Warna merah membawa maksud keberanian di kalangan ahli-ahli pertubuhan ini;
  4. Warna putih membawa maksud nilai murni dan disiplin diri di kalangan ahli-ahli pertubuhan ini;
  5. Ikon belia menjadi simbol kepada belia yang aktif dan berkerampilan; dan
  6. Perkatan Persatuan Belia dan perkataan Tempasuk 2 pula merupakan nama bagi pertubuhan ini.