Salam Sejahtera,
Barisan Nasional telah diberi mandat untuk terus mentadbir Kerajaan Malaysia setelah memenangi 133 kerusi Parlimen di semua kawasan mengundi seluruh Malaysia.
Di Sabah, Barisan Nasional juga kekal sebagai pentadbir kerajaan Sabah setelah memperoleh majoriti dua pertiga iaitu 43 daripada 60 kerusi DUN.
Bagi Daerah Kota Belud pula, Kerusi Parlimen P. 169 kekal milik Dato' Abdul Rahman Dahlan manakala di kerusi DUN pula terdapat kejutan apabila PKR berjaya memenangi kerusi DUN N. 07 Kadamaian apabila Saudara Ukah @ Jeremmy Malajad @ Malazad memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 889 undi. Sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Dato' Timbon @ Herbert Lagadan. Datuk Musbah Jamli pula berjaya mengekalkan kerusi DUN. N.06 Tempasuk manakala di kerusi DUN N.08 Ususkan pula, Barisan Nasional melalui Datuk Md Salleh Md Said kekal sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.
____________________________________________________________________________________
Walau apapun keputusan di dalam PRU13
ini, diharap para belia di Kg. Tempasuk 2 dapat berdiri bersama-sama
dalam memastikan kampung kita tidak ketinggalan dalam arus pembangunan
negara. Semoga Persatuan Belia Tempasuk 2 terus maju ke hadapan.
____________________________________________________________________________________
Keputusan rasmi boleh dirujuk di dalam laman sesawang SPR berikut:
Berikut merupakan keputusan bergambar bagi kawasan daerah mengundi Kota Belud di dalam PRU13.
No comments:
Post a Comment