Thursday, December 26, 2013

HARI KRISMAS TAHUN 2013


Persatuan Belia Tempasuk 2 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas Tahun 2013 kepada semua ahli PBT2 dan seluruh warga Kg. Tempasuk 2, Kota Belud, Sabah.

Sama-sama kita raikan perayaan ini dengan penuh keceriaan dan kemakmuran.



Sekian, terima kasih.

Wednesday, June 5, 2013

SAMBUTAN PESTA MENUAI KG. TEMPASUK 2, KOTA BELUD, SABAH

Info berkenaan sambutan Pesta Menuai Kg. Tempasuk 2 Tahun 2013

Salam Sejahterah,

Sukacita dimaklumakan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kg. Tempasuk 2 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut

Tarikh : 8 Jun 2013 (Sabtu)
Tempat : Dewan Kg. Tempasuk 2, Kota Belud
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Pelbagai aktiviti akan dijalankan semasa sambutan ini antaranya ialah Ngunduk Ngadau, Ratu Tradisi Kanak-kanak, Pertandingan Masakan Tradisional, Pertandingan Tapai dan Bahar dan Acara Tarik Tali. Disamping itu, sambutan ini juga akan dimeriahkan dengan aktiviti berkaraoke sambil menderma.

Suhubungan itu, penduduk Kg. Tempasuk 2 terutamanya para belia dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini. Para belia juga diharapkan dapat meluangkan masa untuk memberi kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan sambutan ini.




Sambutan Pesta Menuai Kg. Tempasuk 2 bertempat di Dewan Kg. Tempasuk 2 yang dirasmikan oleh YB Abdul Rahman Dahlan beberapa tahun yang lepas.


Selamat menyambut Pesta Menuai kepada semua warga Kg. Tempasuk 2, Kota Belud

Sekian, terima kasih.

Sunday, June 2, 2013

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

Salam Sejahtera,

Tanggal 30 dan 31 Mei merupakan hari bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah menyambut Tadau Kamaatan ataupun Pesta Menuai. Pada kali ini, daerah Kota Belud telah dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah. Pesta telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Musa Aman di Tapak Tamu Besar Kota Belud, Sabah. Majlis ini juga dihadiri oleh Huguon Siou (Ketua Kaum) YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.


KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bersama Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (kiri) ketika perasmian Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di Kota Belud



Acara kemuncak pesta ini akan diadakan di Dewan KDCA, Penampang, Sabah. Di sini pertandingan akhir Nguduk Ngadau dan juga Sugandoi akan diadakan selain daripada persembahan kebudayaan masyarakat Kadazan Dusun.

Secara umumnya, sambutan perayaan ini dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat Kadazan Dusun di Sabah khasnya dan sekuruh rakyat Negeri Sabah amnya tanpa mengira kaum mahupun agama.

Sambutan pesta ini juga sedikit sebanyak dapat memperkenalkan kebudayaan masyarakat Kadazan Dusun di Sabah kepada masyarakat dunia.



SEDIKIT SEJARAH MENGENAI HARI KAAMATAN

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong/kulingtangan. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong/kulingtangan dan sukan rakyat seperti luma kerbau juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras(nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal - Usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Sekian, terima kasih.

Friday, May 17, 2013

Kabinet Malaysia 2013

Salam Sejahtera,

Rabu lalu (15 Mei 2013) Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan pelantikan seramai 30 menteri dan 27 timbalan menteri, dengan 24 kementerian, terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional. 

Senarai Kabinet 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri menyaksikan 10 pemimpin dari Sabah tersenarai dengan enam daripadanya memegang jawatan menteri dan empat lagi dilantik sebagai timbalan menteri.


Lebih membanggakan lagi, Ahli Parlimen Kota Belud, YB Datuk Abdul Rahman Rahman telah dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 
_______________________________________________________________________

Berikut merupakan senarai Ahli Kabinet Malaysia 2013




PERDANA MENTERI - Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI - Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI-MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
3. Datuk Seri Idris Jala (Senator)
4. Tan Sri Joseph Kurup
5. Datuk Seri Shahidan Kassim
6. Nancy Shukri
7. Joseph Entulu Anak Belaun
8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. P. Waytha Moorthy (Senator)

MENTERI KEWANGAN:
1. Datuk Seri Najib Tun Razak
2. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN - Datuk Ahmad Maslan

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin
2. Datuk Seri Idris Jusoh

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Datuk Mary Yap Kain Ching
2. P. Kamalanathan

MENTERI PERTAHANAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN - Datuk Abdul Rahim Bakri

MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)
TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Ab. Aziz Kaprawi

MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

MENTERI KERJA RAYA - Datuk Fadillah Yusof
TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Datuk Seri Mustapa Mohamed
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Hamim Samuri

MENTERI LUAR - Datuk Seri Anifah Aman
TIMBALAN MENTERI LUAR - Datuk Hamzah Zainuddin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Hasan Malek
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Jailani Johari

MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Richard Riot Anak Jaem
TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Ismail Abd. Muttalib

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Seri Shafie Apdal
TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Alexander Nanta Linggi

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Abdul Rahman Dahlan
TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Halimah Mohd Saddique

MENTERI BELIA DAN SUKAN - Khairy Jamaluddin Abu Bakar
TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN - Datuk M. Saravanan

MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Dr. S.Subramaniam
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Hilmi Yahaya

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Dr. J.Loga Bala Mohan (Senator)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Seri Douglas Uggah Embas
TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Noriah Kasnon

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Seri Mahdzir Khalid

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Joseph Salang Anak Gandum

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Ewon Ebin
TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Seri G.Palanivel
TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Dr. James Dawos Mamit

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Rohani Abdul Karim
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Azizah Mohd. Dun

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130515/dn_32/Senarai-anggota-Kabinet-2013-yang-diumumkan-PM-petang-ini#ixzz2TYUVJdVw

Monday, May 6, 2013

Keputusan PRU13 bagi Daerah Mengundi Kota Belud, Sabah


Salam Sejahtera,

Barisan Nasional telah diberi mandat untuk terus mentadbir Kerajaan Malaysia setelah memenangi 133 kerusi Parlimen di semua kawasan mengundi seluruh Malaysia. 

Di Sabah, Barisan Nasional juga  kekal sebagai pentadbir kerajaan Sabah setelah memperoleh majoriti dua pertiga iaitu 43 daripada 60 kerusi DUN.

Bagi Daerah Kota Belud pula, Kerusi Parlimen P. 169 kekal milik Dato' Abdul Rahman Dahlan manakala di kerusi DUN pula terdapat kejutan apabila PKR berjaya memenangi kerusi DUN N. 07 Kadamaian apabila Saudara Ukah @ Jeremmy Malajad @ Malazad memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 889 undi. Sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Dato' Timbon @ Herbert Lagadan. Datuk Musbah Jamli pula berjaya mengekalkan kerusi DUN. N.06 Tempasuk manakala di kerusi DUN N.08 Ususkan pula, Barisan Nasional melalui Datuk Md Salleh Md Said kekal sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.
____________________________________________________________________________________

Walau apapun  keputusan di dalam PRU13 ini, diharap para belia di Kg. Tempasuk 2 dapat berdiri bersama-sama dalam memastikan kampung kita tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Semoga Persatuan Belia Tempasuk 2 terus maju ke hadapan.

Sekian, terima kasih
____________________________________________________________________________________

Keputusan rasmi boleh dirujuk di dalam laman sesawang SPR berikut: 

Berikut merupakan keputusan bergambar bagi kawasan daerah mengundi Kota Belud di dalam PRU13.